Saturday, 4 February 2012

Pada 23 Mac 1998,seorang insan telah dilahirkan pada tepat jam 10.48 malam,di HOSPITAL ANGKATAN TENTERA KEM TERENDAK,SG.UDANG,MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA.Kelahirannya disambut oleh seribu rahmat oleh kedua-dua insan(ibubapa).

       Ketika aku berusia 4 tahun,aku tidak dapat berkata-kata.Aku cuma dapat menunjuk-nunjuk benda yang aku inginkan.Segala rawatan tradisional mahupun moden tidak dapat memulihkanku.Akhirnya,ibuku membawaku ke Masjid Kampung Hulu.aku pun dapat berkata-kata.

       Pada tahun 2005,ibuku mengalami penyakit misteri selepas melahirkan adikku yang bongsu.Ibuku dimasukkan ke Hospital Besar Melaka.

       Pada suatu hari,aku sekeluarga mendapat berita daripada pihak hospital bahawa jantung ibuku telah berhenti berdegup(meninggal dunia).Tangisan air mata  dan kesedihan yang menyelubungi hati kami berharap agar ibuku dapat hidup semula.

       Beberapa minit kemudian,ibuku dapat hidup semula.aku jamin bahawa ramai orang yang tidak akan percaya,tetapi itu semua adalah kuasa Allah S.W.T.

        5 tahun selepas itu,aku menduduki peperiksaan UPSR.dengan izin Allah,aku mendapat 5A .Aku berterima kasih kepada ibuku kerana dorongannya walaupun aku sering dimainkan dengan rotan,tali pinggang dan sebagainya.


        Aku ditawarkan memasuki Sekolah Tuanku Abdul Rahman dengan status projek Khas.Aku berazam agar aku dapat mencapai cita-citaku untuk menjadi PELOPOR PEMARTABATAN TULISAN JAWI.



No comments:

Post a Comment