Thursday, 9 June 2011

SAYA TELAH MEMENANGI PERTANDINGAN TULISAN JAWI ANJURAN UTUSAN
MALAYSIA DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN PERAK DAN MAJLIS
AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERAK.



PETIKAN DARI AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA:-

IPOH,19 Feb.-Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman(S.T.A.R.)di sini,Wan Mohamad Shahrin Abdul Latif diumum sebagai juara Pertandingan Tulisan Jawi anjuran akhbar Utusan Malaysia mingguan dan Jabatan Pelajaran Perak semalam.

Pelajar tingkatan satu itu menewaskan 35 peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan
yang melibatkan sembilan buah sekolah menengah di sekitar bandar raya ini di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK)Raja Permaisuri Bainun di sini.

Wan Mohamad Shahrin menyifatkan Program Jawi,Al-Quran,Bahasa Arab dan Fardu Ain(J-Qaf)yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran bagi memperkasa Kurikulum Pendidikan di sekolah banyak
membantunya ke arah penguasaan tulisan jawi.

"Saya sebenarnya tidak menyangka kemenangan ini.Pada mulanya,saya merasakan mempelajari jawi
begitu susah.Namun,setelah mahir sedikit selepas mengikuti program J-Qaf,saya mula berkongsi ilmu
pengetahuan itu dengan rakan lain,"katanya ketika ditemui selepas diumum sebagai pemenang pertandingan tersebut sempena majlis penyerahan akhbar Utusan Melayu oleh Raja Muda Perak,YTM
Raja Dr.Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di sini pada hari ini.(20 Feb.2011)

No comments:

Post a Comment